WhatsApp

013-432 7898

Tips dan Petua untuk Kurangkan Rabun Dekat, Rabun Jauh & Silau

Monday, August 8, 2016

3 Cara untuk Melakukan Senaman Mata yang Berkesan

Cara untuk Melakukan Senaman Mata
Tidak kiralah apa sahaja senaman yang kita buat semuanya bagus untuk kesihatan.

Dan tidak terkecuali untuk semanam mata. Ia bagus untuk menguatkan kesihatan mata seterusnya penghilatan kita menjadi semakin jelas, kurang silau dan penghilatan kembali seperti baru.

Cara 1: Senaman Kelip Mata

Melakukan Senaman Kelip Mata
Berkelip mata selalunya senaman mata yang ramai orang terlepas pandang kerana ia mudah dilakukan serta mampu mengekalkan kesegaran mata dan dapat memberi tumpuan yang lebih panjang.

Cara untuk melakukan senama ini ialah dengan:
  • Setiap 3 - 4 saat, pejamkan mata kita.
  • Lakukan senaman ini selama 2 minit.

Selepas sahaja kita selesai melakukan senaman ini, perhatikan rasa mata kita. Adakah kita rasa mata kita tegang, tenang atau letih?

Sekarang cuba pula kita tidak mengelipkan mata selama 30 saat sekali. Dan lakukan senaman ini selama 2 minit.

Maksudnya, dalam 2 minit tersebut kita hanya boleh mengelip dalam 4 kali.

Adakah kita ada rasa berbeza?

Setiap kali kita mengelip mata kita, kita akan berada dalam kegelapan dalam tempoh singkat yang membantu untuk merehatkan lantas ia mengurangkan ketegangan mata.

Cara 2: Senaman Mata Mengguna Tapak Tangan

Melakukan Senaman Mata Mengguna Tapak TanganMelakukan senaman ini akan mengurangkan rangsangan kepada mata dan otak kita.

Untuk melakukan senaman ini ialah dengan:
  1. Duduk di kerusi dengan selesa. Gosokkan kedua-dua tangan kita bersama-sama sehingga terasa hangat.
  2. Tutup kedua-dua mata kita dan menutupi ia dengan tapak tangan.
  3. Pastikan tiada cahaya yang memasuki melalui jurang antara jari.
  4. Ambil nafas dalam-dalam dan secara perlahan fikir kejadian yang menenangkan seperti di tepi pantai, tasik yang bersih lagi jernih atau gunung.
  5. Ulang senaman ini selama 3 minit atau lebih.

Cara 3: Senaman Fokus Objek yang Jauh dan Dekat

Senaman mata yang paling mudah untuk dilakukan dan boleh buat pada bila-bila masa sahaja.

Cara untuk melakukan senaman ini:
  • Duduk atau berdiri dalam keadaan selesa.
  • Letakkan ibu jari di hadapan kira-kira 10 inci dan beri tumpuan kepada ibu jari tersebut.
  • Sekarang tumpukan pula pada objek lain yang berada dalam 10 - 20 kaki di hadapan kita.
  • Senaman ini hanya mengambil masa 2 atau 3 minit sahaja.

Boleh tonton video di bawah untuk arahan yang lebih jelas:

Adakah Senaman Mata Berkesan?

Saya cuba buat ketiga-tiga senaman di atas tadi dan boleh dikatakan semuanya memberi kesan yang positif kepada saya.

Mata saya mula kembali segar dan penghilatan mula kelihatan jelas.

Dan sekarang, saya tidak perlu memakai spek mata lagi ketika memandu.

Kuncinya kita perlu buat setiap hari dengan konsisten.

InysaAllah berkesan.

No comments:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter